My Add

Saturday 30 March 2013

ATM sedang uji prototaip kereta perisai AV-8

LANGKAWI, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Pembekalan kereta perisai generasi masa depan, AV-8 dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 13 tahun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menerima prototaip AV-8 dan sedang menjalankan ujian ke atasnya.

"Pengendali industri tempatan mendapat faedah apabila mereka menjadi vendor kepada pembinaan dan pembuatan 257 kereta kebal AV-8 dengan peruntukan sebanyak RM7.3 bilion," katanya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebarang keputusan mengenai perolehan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) yang baharu hanya akan diumumkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, penilaian tawaran oleh empat syarikat yang membida projek transisi pesawat tempur MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah diselesaikan dan tindakan lanjut akan ditentukan selepas ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment