My Add

Saturday 30 March 2013

Lahad Datu: 5 pangkalan ditambah
LANGKAWI, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memantapkan penguatkuasaan maritim di sekitar Lahad Datu, Sabah termasuk menambah lima pangkalan hadapannya untuk melakukan kerja-kerja pemantauan lebih menyeluruh.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, lima pangkalan tersebut ialah di Jambongan, Beluran, Felda Sahabat, Kunak dan Indra selain dua pangkalan sedia ada di Tawau dan Sandakan di Sabah.

Menurutnya, setiap pangkalan itu akan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota Maritim Malaysia berpengalaman selain tiga bot laju bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut

“Maritim Malaysia turut menerima peruntukan RM5.09 juta untuk membeli kelengkapan operasi, termasuk 14 kontena mudah alih, jaket kalis peluru, helmet, senjata dan peluru bagi menyokong pelaksanaan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone)," katanya kepada pemberita sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment