*SHAHRIZAT Abdul Jalil (lima kanan) beramah mesra dengan para penerima baucar Karisma @Hati Rakyat selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik, di Dewan Seberguna Perumahan PDRM Desa Tasik, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN |
KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Mac, 2013: Pergerakan Wanita UMNO akan menubuhkan pasukan khas bagi menjamin keamanan dan keselamatan orng ramai sekali gus menangkis strategi kotor pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penubuhan pasukan itu penting bagi memastikan hak mengundi rakyat tidak dicuri oleh parti pembangkang yang ketika ini didakwa begitu licik merancang pelbagai angkara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.
"Saya beri amaran awal kepada pembangkang bahawa Wanita akan menjadi benteng dalam memastikan keamanan dan kemakmuran rakyat serta negara sentiasa terjamin pada hari mengundi nanti," katanya.
Shahrizat yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata demikian ketika menghadiri majlis YKN bersama warga Polis Diraja Malaysia Desa Tasik di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment