My Add

Saturday 30 March 2013

Presiden PKR patut rasa malu

PULAU PINANG, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya berasa malu untuk terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah menegaskan, Wan Azizah tidak sepatutnya memasang niat untuk terus bertanding kerana beliau pernah mengecewakan pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, sebaik diberi kepercayaan oleh pengundi Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Wan Azizah dengan rela hati bertindak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sepatutnya beliau merasa malu untuk terus bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

“Apa selepas ini andainya suami kesayangan beliau itu kalah, adakah sekali lagi Wan Azizah akan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar?" katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment