My Add

Saturday 30 March 2013

Ummi Hafilda akan dedah rahsia Anwar

BUKIT MERTAJAM, JUMAAT, 29 Mac, 2013: “Saya tidak gentar untuk menghadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13."

Amaran itu dikeluarkan oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang memberi peringatan beliau akan menyerang Anwar habis-habisan bagi mendedahkan keburukan Ketua Pembangkang itu kepada rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Anwar harus ditalkinkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini dan kerana itu saya tidak gentar dengan beliau dan akan mendedahkan rahsia Anwar nanti.

“Walaupun saya dicemuh dan dimaki dalam internet, saya tetap serang Anwar kerana dia (Anwar), saya dihina dan diaibkan sejak 13 tahun lalu," katanya dalam ceramah ‘Bongkar’ anjuran UMNO Permatang Pauh di Kampung Permatang Rawa di sini malam tadi.

Turut hadir, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan lebih 300 penyokong UMNO.

Ummi Hafilda juga berharap rakyat di negara ini menolak pemimpin seperti Anwar yang memiliki masalah moral dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Bukan sahaja Anwar, bahkan Ummi Hafilda juga menggesa seluruh rakyat Malaysia menolak pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment