My Add

Saturday 30 March 2013

MABBIM tumpu perkembangan ilmu watan dalam bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Sidang Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) Ke-52 yang akan berlangsung di sini, bermula 1 April ini, bakal menump JUMAAT, 2ukan perkembangan ilmu watan atau tamadun Melayu dalam bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata ia bertepatan dengan tema persidangan kali ini, iaitu Mengembangkan Ilmu Watan Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

"Sempena sidang ini juga, kami akan melancarkan Kamus Melayu-Inggeris Dewan (KMID) yang pertama diterbitkan DBP dengan bahasa sumbernya bahasa Melayu dan bahasa sasarannya bahasa Inggeris yang dapat membantu penutur bahasa Melayu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

"DBP juga akan melancarkan portal Gerbang Kata DBP yang memberi kemudahan kepada pelayar internet memberi maklum balas dan saranan perkataan kepada Kamus Dewan," katanya pada sidang media MABBIM Ke-52 di DBP di sini, sebentar tadi. - BH 

No comments:

Post a Comment