*MUHYODDON Yassin hadir pada ramah mesra bersama warga Pos Malaysia Berhad di Pusat Mel Nasional, Shah Alam, hari ini. - Foto Sairien Nafis |
SHAH ALAM, SABTU, 30 Mac, 2013: Seramai 16,191 pekerja Pos Malaysia di seluruh negara akan menerima pelan perlindungan insurans untuk diri sendiri dan keluarga.
Berita baik itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Mesra bersama Warga Kerja Pos Malaysia, di sini, sebentar tadi.
Katanya, pelan insurans itu bertujuan untuk memberi perlindungan kepada warga kerja Pos dan ahli keluarga jika terdapat sebarang bentuk kecemasan pada masa akan datang.
Pada majlis itu juga, Muhyiddin mengumumkan setiap warga kerja Pos Malaysia akan menerima imbuhan istimewa sebanyak RM500 yang akan dibayar bersama dengan pembayaran gaji pada April nantu.
"Imbuhan istimewa ini adalah berdasarkan pencapaian Pos Malaysia serta kesungguhan warga kerjanya berusaha demi mencapai Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) menerusi komitmen kerja, berdaya saing dan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi syarikatdan pelanggan," katanya.
Anak warga pos cemerlang peperiksaan 2012 terima netbook
SHAH ALAM: Anak-anak warga kerja Pos Malaysia yang cemerlang dalam keputusan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2012 akan menerima sumbangan Netbook 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sumbangan itu diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim pada Majlis Mesra bersama Warga Kerja Pos Malaysia, di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:
Post a Comment