My Add

Saturday 30 March 2013

Sebak lihat rumah, harta musnah terbakar

 *SEBUAH kenderaan dan beberapa buah rumah penduduk rosak teruk
 akibat serangan pengganas Kiram di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

LAHAD DATU, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Hatinya amat sedih apabila melihat rumahnya di Kampung Tanjung Batu di sini musnah teruk apabila menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Kiram.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rumahnya yang diduduki sejak 1959 terbakar dan beberapa harta lain turut musnah seperti kereta serta motosikal.

Katanya, ketika kejadian pertempuran berlaku di Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu itu, dia mempunyai urusan di bandar Lahad Datu.

“Anak lelaki, Azmain, 35, menghubungi saya bagi memaklumkan mengenai pencerobohan di kampung kami dan menasihatkan agar tidak pulang kerana kumpulan pengganas Kiram itu mencari saya.

“Saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara di Fajar Harapan dan hari ini merupakan hari pertama saya bersama lebih 30 wakil keluarga dibawa ke rumah masing-masing untuk melihat sendiri kesan pertempuran," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam lawatan pagi ini, kumpulan penduduk diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata lengkap. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment