PUTRAJAYA, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meneruskan perjumpaan dengan pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini.
Perjumpaan yang diadakan sejak jam 8 pagi itu, dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Antara yang kelihatan memasuki kompleks itu pada sebelah pagi, ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut berada di kompleks itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Zainal Abidin yang memperlahankan kereta ketika keluar dan lalu di hadapan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu seawal jam 7 pagi, hanya berkata: "Semua ok", bila diminta mengulas mengenai pertemuan itu.
Shahidan turut menyatakan perkara sama, dan menambah: "Semoga Allah merahmati kamu semua.. Hidup BN".
Pada sebelah petang pula, kenderaan yang membawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat memasuki kawasan kompleks, diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment