My Add

Saturday 30 March 2013

25 pengimport Korea Selatan sertai MIHAS 2013

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Sebanyak 25 pengimport dari Korea Selatan akan menyertai misi belian bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2013 (MIHAS).

Penyertaan peserta Korea Selatan tahun ini adalah yang terbesar sejak penyertaan pertama mereka pada 2005.

Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Seoul, A Rashid Mohd Zain berkata, lebih banyak pengimport Korea Selatan mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat Malaysia hasil daripada promosi agresif dan perangkaian oleh agensi penggalakan perdagangan negara itu.

"Tahun lalu, jualan yang dijana daripada pembeli Korea Selatan di MIHAS berjumlah RM14.2 juta, dan tahun ini Matrade menjangka memperoleh lebih daripada berganda daripada jumlah itu," katanya dalam satu kenyataan.

Delegasi Korea Selatan ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan termasuk kosmetik herba, perkhidmatan berkaitan veterinar, pelancongan mesra halal, pelancongan perubatan dan logistik.

MIHAS 2013, yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade pada 2 April, akan mengumpulkan kira-kira 500 pembeli antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat perniagaan bersemuka yang diatur dengan pengeluar dan penyedia perkhidmatan produk halal tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment