My Add

Saturday 30 March 2013

Semporna awal lagi masuk dalam ESSCOM: Musa Aman

KOTA KINABALU, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata hari ini bahawa Semporna 'awal-awal lagi' dimasukkan dalam Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

"Saya ingin menjelaskan Semporna dari awal-awal masuk dan tidak pernah keluar (dari kawasan keselamatan)," katanya ketika mengulas kekeliruan berhubung Semporna tidak dimasukkan dalam pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Musa, Pengerusi Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE), berkata Semporna adalah kawasan utama yang dimasukkan dalam ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Berikutan itu, Musa berharap tidak timbul lagi kekeliruan mengenai perkara itu.

Rabu lalu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga ahli Parlimen Semporna membawa cadangan untuk memasukkan daerah Semporna dalam ESSCOM pada mesyuarat Kabinet.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk keperluan pasukan keselamatan di ESSZONE termasuk menambah aset pertahanan bagi memantapkan operasi di zon tersebut.

ESSZONE meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada ESSCOM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment