My Add

Saturday, 30 March 2013

Pertumbuhan M3 kekal 8.8 peratus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Pertumbuhan tahunan wang secara meluas (M3) kekal pada 8.8 peratus pada Februari tahun ini, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, pengembangan tahun ke tahun sebahagian besarnya membabitkan akaun lanjutan kredit kepada sektor swasta oleh sistem perbankan.

Pada asas bulan ke bulan, pengembangan M3 disederhanakan oleh aliran keluar asing bersih.

"Pembiayaan bersih kepada sektor swasta meningkat 11.7 peratus pada Februari, didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam terbitan bersih sekuriti hutang swasta (PDS) dan pinjaman sistem perbankan yang baik," katanya.

BNM berkata, pinjaman terkumpul perniagaan meningkat dengan pinjaman disalurkan, terutama kepada sektor perkilangan, perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel, pembinaan dan pertanian.

Pinjaman isi rumah pula berkembang sebanyak RM4.5 bilion, didorong oleh pinjaman pembelian kediaman, harta bukan kediaman, sekuriti dan kereta penumpang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment