My Add

Saturday 30 March 2013

83 pekerja lombong China tertimbus tanah runtuh

BEIJING, SABTU, 30 Mac, 2013: Sekurang-kurangnya 83 pekerja lombong dipercayai tertimbus hidup-hidup selepas tanah runtuh melanda sebuah kawasan perlombongan di Tibet, semalam.

Menurut media China, tanah runtuh itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi di daerah Maizhokunggar di ibu negeri Tibet, Lhas.

Mereka yang terperangkap merupakan pekerja dari anak syarikat China National Gold Group Corporation, sebuah firma perlombongan China, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, masih tiada kematian diumumkan setakat ini manakala pihak berkuasa tempatan ketika dihubungi AFP mengesahkan berlaku tanah runtuh namun tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa terlibat. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment