My Add

Saturday 30 March 2013

Jakim tunggu laporan penahanan anggota Global Ikhwan di Arab Saudi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau perkembangan penahanan kakitangan Kumpulan Global Ikhwan Sdn. Bhd. di Arab Saudi yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kegiatan ajaran sesat di Tanah Suci.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, ia sedang menunggu laporan lanjut hasil siasatan kerajaan Arab Saudi berhubung penahanan itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Jakim sentiasa memantau pergerakan kumpulan itu dan siasatan turut dijalankan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di dalam dan luar negara.

"Sememangnya kita maklum akan pergerakan mereka sekalipun mereka berada di luar negara," katanya.

Othman berkata, pihaknya turut menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Arab Saudi dalam mengambil tindakan terbaik memandangkan kumpulan itu telah lama bertapak di negara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment