*ZAINI Mohd Said (kanan) ketika berucap pada Forum Kedua Masa Depan Kita, Cabaran Keselamatan anjuran Pertubuhan Nadi Dialog Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya hari ini. Turut hadir Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Rahim Noor (tiga dari kanan) - UTUSAN |
PUTRAJAYA, SABTU, 30 Mac, 2013: Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said terkejut dan kecewa dengan tindakan bekas pemimpin tentera yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan semangat anggota pasukan keselamatan di Sabah.
Beliau berkata, kenyataan berkenaan tidak harus dikeluarkan pada ketika angkatan tentera berjuang habis-habisan mempertahankan kedaulatan negara kerana ia umpama kerja musuh.
"Apabila angkatan tentera berjuang, kita tidak boleh lakukan apa-apa perkara yang boleh melemahkan semangat mereka.
"Ini (usaha untuk melemahkan semangat) adalah kerja musuh di mana ia dilakukan untuk meruntuhkan moral pasukan kita," katanya dalam forum Masa Depan Kita: Cabaran Keselamatan yang dianjurkan Nadi Dialog Malaysia di sini hari ini.
Seorang bekas pemimpin tentera baru-baru ini dilaporkan memperlekeh aset pertahanan negara termasuk mempersoal sama ada radar pertahanan negara berfungsi atau sebaliknya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment