My Add

Saturday 30 March 2013

Nilai kerosakan hampir RM1 juta

LAHAD DATU, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Kerajaan menganggarkan kerugian kerosakan rumah akibat pertempuran kumpulan pengganas Kiram dengan anggota keselamatan negara di Kampung Tanjung Batu mencecah RM1 juta.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir berkata, berdasarkan penilaian awal, sebanyak 10 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh diduduki lagi.

Katanya, berdasarkan taksiran awal, anggaran kasar bagi kerosakan 10 rumah itu RM600,000.

“Bagi kerosakan rumah yang masih boleh dibaiki, ia melibatkan 12 unit rumah yang dianggarkan bernilai RM360,000 apabila melibatkan kemusnahan dinding rumah yang terkena tembakan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment