*NOR Mohamed Yakcop (dua dari kiri) beramah mesra dengan kakitangan
Penang Port sempena majlis santai bersama warga Penang Port di Terminal
Kapal Persiaran Jeti Swettenham Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
|
Oleh AZHARI ZAINOODDIN
PULAU PINANG, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan tender projek terowong dasar laut bagi menghubungkan kawasan pulau dan tanah besar negeri ini menunjukkan belang sebenar parti itu yang tiada pengalaman dalam melaksanakan urusan takbir urus kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata, langkah diambil kerajaan negeri dalam meluluskan tender projek itu jelas menggunakan kaedah terbalik tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak yang akan menerima kesan secara langsung sekiranya projek itu dilaksanakan.
Tegasnya, kaedah itu bukan merupakan pendekatan terbaik dalam proses membuat keputusan oleh sebuah kerajaan.
"Sepatutnya perbincangan diadakan dengan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. DAP ini sudah terbalik dan jelas menunjukkan mereka tiada pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Biasalah sudah tentu akan ada pihak yang tidak bersetuju tetapi proses perbincangan itu harus dilakukan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis santai bersama kakitangan Penang Port Sdn. Bhd., (PPSB) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Urusan /Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port,Ahmad Ibnihajar.
Pembinaan projek terowong dasar laut itu mula dibantah apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) mendedahkan mengenai pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.
Terdahulu apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa berlakunya kesilapan 'salah taip' berhubung kos sebenar projek terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang diumumkan, beliau berkata itu tidak menjadi masalah.
"Kalau Guan Eng kata salah taip, biarlah. Mungkin betul salah taip itu tetapi yang tidak patut dilakukan adalah membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment