My Add

Saturday 30 March 2013

Kerajaan BN sentiasa peka masalah, harapan golongan muda: MB Johor

TANGKAK, SABTU, 30 Mac, 2013: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka akan masalah dan harapan golongan muda dan sehubungan itu mereka perlu mempertahankan kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata generasi muda mendapat perhatian lebih baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga mereka boleh berinteraksi dengan pemimpin nombor satu negara melalui media alternatif.

Oleh yang demikian, katanya generasi muda tidak boleh bereksperimen dengan membiarkan pakatan pembangkang berkuasa pada PRU-13 kerana sesuatu perubahan itu tidak semestinya membawa kebaikan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival mesra belia fiesta kawasan Parlimen Ledang di Dataran Pulau Penarik, Sungai Mati di sini malam tadi.

Kira-kira 3,000 belia dan beliawanis menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri, M Asojan dan Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment