My Add

Tuesday 5 March 2013

16 penduduk kampung lolos

LAHAD DATU, ISSNIN, 04 Mac, 2013: Seramai 16 orang penduduk Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian, di sini yang ditawan kumpulan penceroboh Sulu berjaya menyusup keluar ke Kampung Tanjung Luk Buani yang terletak berhampiran.

Seorang pemimpin Kampung Tanjung Luk Buani berkata, pada masa ini hampir 20 orang penduduk kampung berkenaan dipercayai masih ditawan dan berada di tiga buah rumah yang dikawal ketat kumpulan penceroboh.

“Setakat pukul 9 malam ini, saya telah membantu memindahkan 12 orang penduduk dan ada empat lagi yang dalam perjalanan ke sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan maklumat penduduk di situ, penceroboh berkenaan tidak mencederakan penduduk yang ditawan.

“Mereka tidak bertindak kasar dan hanya meminta penduduk memasak nasi. Mereka juga membeli rokok dan sanggup membayar RM50 sekotak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment