My Add

Wednesday 27 March 2013

21 wanita asing ditahan terbabit aktiviti tak bermoral

BUTTERWORTH, RABU, 27 Mac, 2013: Seramai 21 pelayan pelanggan (GRO) warga China ditahan di sebuah restoran di Bagan Ajam malam tadi.

Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Johari Kadir Mydin yang mengetuai operasi itu berkata, pemilik premis berkenaan yang berusia lingkungan 40-an turut ditahan.

Beliau berkata, tiga orang daripada GRO berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas lawatan.

Dua daripada mereka adalah penuntut kolej swasta.

Beliau berkata, premis berkenaan pernah diserbu sebanyak empat kali tahun lepas.

Johari berkata, ketika serbuan, premis berkenaan dipenuhi pelanggan yang turut bertempiaran lari apabila menyedari kedatangan pihak berkuasa. - BERNAMAHM

No comments:

Post a Comment