My Add

Tuesday 12 March 2013

3,500 penduduk sekitar Felda Sahabat telah dipindahkan

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU, ISNIN, 11 Mac, 2013: Seramai 3,500 penduduk di sekitar Felda Sahabat di sini yang terjejas ekoran pencerobohan pengganas Sulu telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said berkata, kesemua penduduk dari sembilan buah kampung berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan Cenderawasih, Embara Budi dan Fajar Harapan.

"Kita sentiasa memantau keadaan mereka dan bantuan diberikan secara berterusan termasuk makanan, tilam, selimut dan sebagainya.

"Pada masa ini, semua bekalan mencukupi dan kita cuma mengalami masalah kekurangan air dan perlu tambahan tandas di pusat berkenaan," katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Suhaili, pihaknya sentiasa memantau keadaan penduduk di pusat pemindahan berkenaan bagi memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

"Keadaan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan juga terjamin dengan kawalan pasukan keselamatan. Pada masa ini, Jabatan Kesihatan turut membuka bilik operasi 24 jam di pusat-pusat perpindahan berkenaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment