My Add

Wednesday 27 March 2013

Anwar perlu minta maaf


Oleh Raja Syahrir Abu BakarKUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berhubung penyebaran pelbagai video serta gambar yang menimbulkan persoalan mengenai tahap moral pemimpin itu.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar tidak boleh lagi berselindung di sebalik proses undang-undang dan menyaman pelbagai pihak yang mendedahkan perkara itu di laman web dan media.

Katanya, ini kerana rakyat boleh mengenali bentuk wajah dan badan pemimpin pembangkang itu.

Menurut beliau, pendedahan video terbaharu pengendali blog 'Papa Gomo' baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat terutama para penyokong pakatan pembangkang.

"Saya sudah beberapa kali mendedahkan salah laku moral Anwar secara terbuka, maka saya tidak terkejut tetapi bagi orang yang mempercayai Anwar, mereka pasti tertanya-tanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment