My Add

Sunday 10 March 2013

Bunyi tembakan, penduduk Tanjung Labian selamatkan diri

 
 *SEBAHAGIAN penduduk Kampung Tanjung Labian meninggalkan kediaman
 masing-masing dan keluar mencari tempat perlindungan selepas mendengar bunyi
 tembakan pada hari keenam Ops Daulat, di Lahad Datu, Sabah hari ini.
- UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
LAHAD DATU, AHAD, 10 Mac, 2013: Penduduk di Tanjung Labian, dekat sini bertindak melarikan diri secara beramai-ramai ke kawasan yang lebih selamat setelah mendengar beberapa das tembakan di kampung tersebut hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan bahawa tembakan pada pagi ini dilepaskan oleh saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang cuba masuk ke kawasan perkampungan tersebut.

Tindakan penceroboh itu telah menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment