My Add

Sunday 17 March 2013

Christopher Leong dipilih Presiden Majlis Peguam

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Mac, 2013: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia Ke-67 telah memilih Christopher Leong sebagai presiden baharu Majlis Peguam.

Christopher yang sebelum ini merupakan Naib Presiden, mengambil alih tampuk kepemimpinan daripada Lim Chee Wee.

Barisan baharu dalam kepemimpinan Majlis Peguam turut merangkumi Naib Presiden, Steven Thiru; Setiausaha Agung, Richard Wee Thiam Seng dan Bendahari, Karen Cheah Yee Lynn.

Mesyuarat Agung yang berlangsung dari pukul 10.15 pagi hingga 3.30 petang itu telah dihadiri 1,304 orang ahli Badan Peguam Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment