My Add

Monday 18 March 2013

Hayati perjuangan pemimpin lampau majukan negara: Dr. Mahathir

KOTA KINABALU AHAD, 17 Mac, 2013: Kemajuan dikecapi negara masa kini bukan datang dengan sendirinya tetapi adalah hasil usaha dan perjuangan pemimpin terdahulu dan rakyat perlu menghayatinya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan, rakyat Malaysia kini menikmati pembangunan dalam semua

peringkat termasuk pembangunan minda, beliau berkata perkembangan itu memerlukan generasi muda melengkapi diri dengan ilmu terkini terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Kita sedar bahawa kemajuan kita, hidup selesa dan kebahagiaan bukan datang
dengan begitu mudah tetapi ia diusahakan, jika kita sedar maka kita boleh
menyediakan diri kita untuk masa depan, kita membekalkan diri kita dengan ilmu
pengetahuan yang tidak statik dan sentiasa bertambah seumur hidup," katanya
ketika menyampaikan syarahan perdana di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di
Likas, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir bersama kira-kira 1,000 hadirin ialah isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Naib Canselor UMS, Datuk Mohd Harun Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh serta ahli akademik UMS.

Tun Mahathir berkata, generasi muda pada zaman sekarang berpeluang mendapat
ilmu pengetahuan tanpa batasan berbanding pada zaman dahulu, sekali gus mereka
dapat berfikir dan menilai apa juga pendapat dan pengaruh terutamanya dari
negara luar.

"Sekiranya rakyat ingin melihat negara maju, ia bukan saja perlu menguasai
ilmu terkini tetapi juga perlu berpegang dengan nilai-nilai dan sifat yang baik
serta mulia yang pasti boleh menyumbang kepada kemajuan negara...inilah peranan
penting muda mudi di negara ini," katanya.

Tun Mahathir menekankan kemajuan sesebuah negara juga terletak kepada tahap
keselamatan negara dan setiap individu perlu ada perasaan sayangkan negara.

"Jika rakyat tidak mempunyai semangat patriotik dan setia pada negara, negara tidak akan selamat dan akan hilang kedaulatannya," katanya.

Untuk terus menjadi sebuah negara yang berdaulat, beliau berkata, negara
harus dipertahankan dan mereka yang menyertai badan beruniform juga perlu
menguasai ilmu pengetahuan.

Dalam hal ini, katanya peranan polis dan tentera yang berani mewujudkan satu keadaan yang selamat dalam masyarakat dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara amat disanjung tinggi.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyifatkan penubuhan Pusat Kajian Strategik di
UMS sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya kerana ia turut merangkumi
kajian tentang jenis-jenis peperangan zaman dulu dan sekarang, terutama pada
masa kini yang lebih kepada "perang gerila, gerila bandar dan gerila majmuk". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment