Jakim perkenal aplikasi mobil premis makanan halal menerusi Halal Square
Oleh ROSALINDA MD.SAID
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Umat Islam di negara ini boleh mendapatkan maklumat mengenai premis makanan yang menyediakan perkhidmatan sajian halal termasuk di luar negara menerusi aplikasi mobil, Halal Square.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, aplikasi pintar yang menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) itu membolehkan pengguna termasuk pelancong mengenal pasti premis makanan yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam tempoh masa yang singkat.
"Pengguna boleh menerima data status halal sesebuah premis dengan hanya menyentuh telefon pintar mereka pada poster logo halal," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment