My Add

Wednesday 27 March 2013

Kalau boleh saya mahu kekal di Jerlun - Mukhriz

LANGKAWI, RABU, 27 Mac, 2013: Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan kawasan yang akan ditandinginya sekalipun beliau berhasrat kekal di kerusi Parlimen Jerlun.

"Jika anda tanya saya, saya lebih suka kekal di Jerlun kerana saya telah berada di sana selama lima tahun. Saya selesa dengan masyarakat di sana dan mereka juga selesa dengan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mukhriz yang ditemui selepas merasmikan seminar mengenai pelaburan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013, berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi, khabar angin tersebut mungkin disebabkan masyarakat di sini mempunyai perasaan yang kuat terhadap bapanya yang banyak menyumbang kepada pembangunan Langkawi sepanjang menjadi Perdana Menteri.

"Secara peribadi saya rasa kedudukan Langkawi tidak tergugat. Kita mempunyai pemimpin yang bagus di sini dan kemungkinan menang di Langkawi adalah tinggi.

Khidmat saya lebih baik dimanfaatkan di tempat lain," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment