My Add

Tuesday 5 March 2013

Kedutaan Malaysia di Manila ditutup ekoran tunjuk perasaan

MANILA, SELASA, 05 Mac, 2013: Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS

No comments:

Post a Comment