My Add

Wednesday 13 March 2013

Kerajaan akan teliti bayaran penyerahan wilayah - Awang Adek

TOREK SULONG
BACHOK, SELASA, 12 Mac, 2013: Kerajaan akan meneliti gesaan supaya bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa keturunan Kesultanan Sulu, dihentikan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, walau bagaimana pun kerajaan akan mengambil keputusan yang wajar berasaskan undang-undang sedia ada dengan penelitian lebih terperinci.

Malah katanya, kerajaan juga tidak akan tunduk terhadap desakan pembangkang dalam isu tersebut kerana mereka sering berniat serong terhadap sebarang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Beliau berkata, sebarang cadangan dan desakan perlu ditapis terlebih dahulu termasuk meneliti percanggahan yang mungkin berlaku dari segi undang-undang sedia ada bagi mengelak ianya menjadi isu politik pembangkang.

"Tindakan kerajaan tidak berasasakan emosi. Begitu juga pihak yang terbabit (Sultan Sulu), jangan minta macam-macam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kuchelong dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment