My Add

Friday 22 March 2013

Mangsa culik Abu Sayyaf pada 2011 kembali ke pangkuan keluarga

 *PANG Chung Fong (duduk, dua dari kiri) yang baru bebas daripada episod penculikan selama 17 bulan oleh kumpulan Abu Sayyaf, bergambar kenangan bersama Musa Aman (belakang, lima dari kiri) dan ahli keluarga di kediaman Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu hari ini. - UTUSAN/HISYAMUDDIN AYUB

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
KOTA KINABALU, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Setelah 17 bulan diculik kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sitangkai, Tawi-Tawi pada 2011, Pang Chung Fong akhirnya dibebaskan dan kini pulang ke pangkuan keluarga.

Pembebasan itu hasil perbincangan antara pihak kerajaan dengan kumpulan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Chung Fong dibebaskan oleh kumpulan penculik tersebut lima hari lalu, kerajaan bersyukur apabila Chung Fong berjaya dibebaskan oleh kumpulan penculik dan bersimpati dengan nasib keluarga ini setelah mangsa diculik sejak 17 bulan lalu.

"Menyedari keperitan dan trauma yang dihadapi keluarga ini, pihak kerajaan memutuskan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan kumpulan penculik dan membantu membebaskannya," katanya ketika ditemui selepas meluangkan masa bersama Chung Fong dan keluarga mangsa di kediamannya di Sri Gaya.

Sementara itu, Chung Fong berterima kasih kepada semua pihak terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah yang bertungkus-lumus membebaskannya daripada kumpulan penculik berkenaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment