My Add

Thursday 21 March 2013

Nelayan bantah bina terowong

 *SEBAHAGIAN nelayan dari Unit Nelayan Tanjung Bungah mengadakan
demonstrasi aman membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk
 membina terowong dasar laut di Tanjung Bungah, semalam.

Oleh MALINDA ABDUL MALI
PULAU PINANG, RABU, 20 Mac, 2013: Golongan nelayan tetap membantah projek pembinaan terowong dasar laut yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meskipun bakal dijanjikan pampasan.

Sebaliknya, mereka terus mendesak kerajaan negeri membatalkan projek berkenaan kerana akan menjejaskan pendapatan nelayan dan mengheret mereka hidup merempat berikutan hilang mata pencarian.

Ketua Unit Nelayan Tanjung Tokong, Amran Taib berkata, pihaknya kesal berikutan Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau wakil rakyat kawasan itu langsung tidak berbincang dengan mereka terlebih dahulu mengenai projek tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment