My Add

Monday 4 March 2013

Orang muda ibarat tapak semaian

KANGAR, AHAD, 03 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berusaha memupuk bakat dan tenaga golongan muda menerusi pelbagai program termasuk 1Malaysia for Youth (1M4U) kerana yakin mereka boleh memberikan sumbangan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, golongan muda umpama tapak semaian yang perlu dipupuk dan diketengahkan bakat mereka mulai sekarang dalam menggerakkan negara pada masa depan.

''Kalau kita memupuk dan mengetengahkan bakat mereka melalui program tertentu, maka sudah tentu waktu ini tanpa menunggu kemudian hari, generasi muda boleh memberikan sumbangan kepada negara tercinta.

''Maka di sinilah terletaknya falsafah 1M4U yang bererti kerajaan yang ada pada hari ini adalah untukmu. Sebab itulah kita buat program seperti ini untuk mengetengahkan kegiatan kesukarelawanan supaya mereka boleh memberikan sumbangan besar kepada negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Himpunan Sukarelawan Muda 1Malaysia peringkat negeri di pekarangan kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim; Menteri Besar, Datuk Dr. Md Isa Sabu dan pemimpin kerajaan negeri, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment