My Add

Wednesday 27 March 2013

Parti komponen BN Sarawak perkukuh jentera pilihan raya

KUCHING, SELASA, 26 Mac, 2013: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), selaku tonggak Barisan Nasional (BN) Sarawak bertanggungjawab membantu tiga lagi parti komponen negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu hari ini.

Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB berkata, jentera pilihan raya parti termasuk sayap Wanita dan Pemuda serta pemimpin parti telah digerakkan di seluruh negeri untuk membantu rakan-rakan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

“Kita (BN Sarawak) tidak boleh mempunyai sikap alpa apabila berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya umum nanti, tanpa berusaha untuk bekerja kuat dan memperkukuhkan jentera kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri rakaman temu bual untuk program Selamat Pagi Malaysia di saluran Satu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia. - BERNAMA A

No comments:

Post a Comment