My Add

Friday 15 March 2013

Pelaksanaan had subjek SPM dibuat pada 2010

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Pelaksanaan dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditetapkan pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, calon juga telah diberi kelonggaran mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran boleh diambil adalah 12.

"Dua mata pelajaran tambahan tersebut mestilah dipilih daripada mana-mana mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan SPM kecuali mata pelajaran teras," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini mengenai ketetapan mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam SPM.

Jelas Abdul Ghafar, calon hendaklah mengambil mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. - UTSAN

No comments:

Post a Comment