My Add

Wednesday 27 March 2013

Pelancongan: Bangladesh ingin contohi Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Bangladesh ingin mencontohi usaha Malaysia membangunkan infrastrukturnya untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara itu, kata Pesuruhjaya Tingginya ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman.

Beliau berkata, pelancong tertarik untuk ke Malaysia kerana negara ini memiliki infrastruktur yang serba maju.

Sebagai contoh, dengan wujudnya tiga penerbangan sehari antara Kuala Lumpur dan Dhaka, purata 500 rakyat Bangladesh terbang ke Malaysia setiap hari, katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-42 negara itu, semalam.

Atiqur Rahman berkata ketiadaan kemudahan infrastruktur menghalang Bangladesh daripada menerima lebih ramai pelancong dari seluruh dunia.

"Sekiranya kami dapat lakukan perkara ini (membangunkan semula infrastruktur), saya rasa kami akan menerima lebih ramai pelancong, bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga negara lain," kata beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment