My Add

Sunday 10 March 2013

Penganalisis: Pendedahan bapa Saiful tidak beri impak

 
*BAPA Saiful, Azlan membacakan
 kenyataan pada sidang media yang
 diadakan. - Foto ihsan The Malaysian
Insider

SHAH ALAM, SABTU, 09 Mac, 2013 Dakwaan wujud dalang berhubung kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mendapat perhatian rakyat jika ia dibuat Saiful Bukhari sendiri.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, dakwaan tersebut serius kerana melibatkan individu tertentu.

Menurutnya, jika benar wujud konspirasi seperti yang didakwa, perkara itu akan dimaklumkan oleh anak dan bapa secara bersama.

"Apa dilakukan bapa Saiful (Azlan Mohd Lazim), tidak memberi impak kerana ia dilihat bercanggah dengan pendedahan Saiful.

"Sukar untuk melihat apakah yang mahu disampaikan oleh Azlan. Jika benar seperti yang didakwa, sudah pasti ia akan didepani bersama, bukan secara sendirian kerana anaknya yang terlibat," katanya.

Katanya, sebelum ini, Saiful membuat sumpah laknat berkaitan kes liwat itu, dengan ditemani bapanya dan pendedahan Azlan dilihat seolah-olah wujud konflik dalaman antara dua beranak.

"Unsur politik itu wujud apabila sesi pendedahan tersebut turut ditemani orang kuat PKR.

"Kenyataan Azlan juga seperti wujud perkara politik kerana pada waktu ini, Anwar berdepan pelbagai cabaran apabila namanya dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada di dalam mahupun di luar negara," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment