My Add

Sunday 10 March 2013

PKR mahu kerajaan, BN minta maaf ekoran pendedahan bapa Saiful

SHAH ALAM, SABTU, 09 Mac, 2013: Naib Presiden PKR, N Surendran menggesa kerajaan dan Barisan Nasional (BN) meminta maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya dan rakyat ekoran pendedahan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam.

Ia antara enam gesaan digariskan oleh Surendran dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selain itu, beliau juga meminta agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang terlibat dalam konspirasi terhadap Anwar, tidak kira jawatan dipegang dalam keraajaan.

"Pengakuan Azlan Lazim sesuatu yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dan menunjukkan pembabitan konspirasi yang tidak sah peringkat tinggi kerajaan terhadap ketua pembangkang.

"Kenyataan Azlan Lazim juga membuktikan pendirian konsisten Anwar dan Pakatan Rakyat bahawa tuduhan kes liwat kedua adalah konspirasi politik yang dijana oleh Umno-BN dengan kolaborasi Peguam Negara bagi menghalang Pakatan Rakyat daripada menuju Putrajaya.

"Tindakan tegas harus diambil bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap pentadbiran (sistem) kehakiman negara," kata beliau.

Selain itu, Surendran juga menggesa perdana menteri memaklukan kepada awam pengetahuan beliau mengenai kewujudan konspirasi sedemikian.

"Satu siasatan menyeluruh harus dijalankan," kata beliau lagi.

PKR berulang kali mendakwa wujud konspirasi di peringkat kerajaan dan BN bagi memasukkan Anwar ke dalam penjara.

Anwar bebas tuduhan pada 9 Januari 2012. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment