My Add

Sunday 24 March 2013

PM bertemu ATM, PDRM bincang isu pencerobohan pada Isnin

PEKAN, SABTU, 23 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin ini bagi membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.

Beliau berkata ia sebahagian daripada Jelajah Patriotik ke seluruh negara yang bermula di Lahad Datu.

"Jelajah Patriotik yang dimulakan di Lahad Datu, saya diberi topi ala tentera, isteri saya pakai kasut ala tentera hari ini, semua ini tunjukkan bahawa pasukan keselamatan kita dapat sokongan kuat dalam kalangan orang muda, jelajah itu akan bermula dari Lahad Datu, kemudian ke Sarawak hingga Semenanjung," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian berucap merasmikan Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) IM4U Fair 2013, di Dataran Pekan di sini hari ini.

Turut serta pada majlis yang dihadiri hampir 5,000 orang muda, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - BH

No comments:

Post a Comment