My Add

Wednesday 20 March 2013

Polis berjaya selesaikan 37 kes samun penumpang teksi

SHAH ALAM, RABU, 20 Mac, 2013: Polis berjaya menyelesaikan 37 kes samun penumpang teksi di Selangor dan Kuala Lumpur dengan tertangkapnya 11 suspek termasuk tiga wanita dalam beberapa serbuan di negeri ini bermula 13 Mac lalu hingga semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua yang ditahan merupakan kumpulan sama yang terlibat dalam kes samun dan rogol guru wanita warga Amerika Syarikat pada 11 Mac lalu di Damansara dan Sepang dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah van, teksi, pisau dan dompet yang merupakan bahan bukti kes samun dan rogol warga Amerika tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment