My Add

Wednesday 6 March 2013

Rahimi sahkan Anwar miliki empat pengawal Filipina

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman mengesahkan bekas majikannya itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal peribadi dari Filipina.

Menurut beliau, keempat-empat mereka iaitu Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese dan Bong Oteyza telah berkhidmat dengan Anwar sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang lagi.

"Ya. Anwar guna bantuan keselamatan Filipina sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

"Anggota-anggota itu terlatih khas setaraf dengan pasukan komando dan mempunyai pelbagai kepakaran," kata Rahimi seperti dipetik dari blog AnwarAIDC hari ini.

Berita penuh mengenai pendedahan tersebut boleh diikuti menerusi laman web AnwarAIDC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment