My Add

Sunday 3 March 2013

Rakyat Kelantan ada keluarga bertugas di Sabah kena sabar

KOTA BHARU, AHAD, 03 Mac, 2013: Rakyat Kelantan diminta bersabar dan tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kaum keluarga mereka yang bertugas di Sabah, berikutan insiden serangan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau memahami kebimbangan ibu bapa terbabit memandangkan sebahagian besar guru luar yang bertugas di Sabah merupakan anak Kelantan.

"Saya faham (kebimbangan ibu bapa anak Kelantan di Sabah), saya pun ada dapat khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya harap ibu bapa tak risau, minta mereka bersabar, pasukan keselamatan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan keadaan terkawal," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Pusat Enterpris SME Bank Kota Bharu berharga RM3.5 juta di Jalan Kebun Sultan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment