LAHAD DA, SABTU, 02 Mac, 2013TU: Kerajaan negeri Sabah menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam menangani insiden pencerobohan kumpulan warga Filipina di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari sini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, jasa dan pengorbanan pasukan
keselamatan dihargai dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Kita sampaikan ucapan takziah daripada kerajaan negeri dan rakyat Sabah kepada keluarga anggota yang terkorban semalam," katanya selepas melawat dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini.
Dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan hospital di sini adalah
Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39.
Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli,
22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Insiden tembak menembak semalam menyebabkan dua anggota komando terkorban
iaitu Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 32, manakala 12 anggota
kumpulan penceroboh itu turut terbunuh.
Kumpulan itu menceroboh Kampung Tanduo sebuah perkampungan nelayan pada
12 Februari lalu.
Menurut Musa, selain kerajaan pusat, kerajaan negeri akan memberi bantuan
yang sewajarnya kepada keluarga anggota komando yang terkorban dan cedera itu.
Katanya, beliau akan melawat seorang lagi anggota komando yang cedera itu di
Hospital Duchess of Sandakan di Sandakan esok.
Mengulas insiden itu, Musa yakin pasukan keselamatan mampu menangani krisis
itu dan tahap kawalan keselamatan telah ditingkatkan.
"Krisis ini akan tamat tidak lama lagi dan yang penting kita tenang dalam
hadapi krisis ini," kata Musa. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment