My Add

Sunday 10 March 2013

Undi BN agar Islam dimartabat - Abdullah Sa'amah

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Mac, 2013:Umat Islam di negara ini dinasihatkan mengundi Barisan Nasional (BN) dan menolak pakatan pembangkang bagi memastikan Islam terus dimartabatkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tokoh agama dan Pengetua Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor, Kelantan, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana hanya BN yang diterajui UMNO dapat memastikan kesucian Islam terus terpelihara tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

"Dalam Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO, jelas menyatakan bahawa asas dan tujuan penubuhannya adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam.

"Sementara itu dalam Fasal 4.3, Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju bekerjasama dengan UMNO,'' katanya.

Menurutnya, dalam tahaluf siyasi (kerjasama politik) BN, UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam bertindak sebagai 'imam' manakala parti-parti komponen lain sebagai 'makmum' yang sama-sama berjuang atas arahan imam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment