7 maut kemalangan membabitkan treler dan van mini di New York
TRUXTON (New York), KHAMIS, 30 Mei, 2013: Tujuh terbunuh dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler dan van mini di utara New York, lapor pihak berkuasa.
Jabatan Syerif, Kapten Mark Helms, berkata kemalangan berlaku di Route 13 kira-kira 40 kilometer di selatan Syracuse.
Helms berkata, tujuh daripada lapan penumpang van mini berkenaan maut manakala seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata, dua penumpang termasuk pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - AP/BH
No comments:
Post a Comment