Polis Terengganu rakam keterangan 10 individu terbabit perhimpunan
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Polis Terengganu memanggil dan merekodkan keterangan 10 individu yang terbabit dalam perhimpunan di Kuala Ibai, di sini, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mereka termasuk individu yang dipercayai penganjur perhimpunan itu.
“Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, di sini, hari ini.
Menurutnya polis akan menyerahkan laporan siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik saja siasatan itu lengkap untuk tindakan lanjut.
Khamis lalu, ribuan orang ramai dengan majoritinya golongan muda membanjiri Markas Pas Kuala Ibai bagi menyertai perhimpunan kononnya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.
Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment