My Add

Sunday, 27 October 2013

Hepatitis B, C terkawal di Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT, AHAD, 27 Oktober, 2013: Penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini berada pada tahap terkawal meskipun terdapat peningkatan dalam tempoh tiga tahun bermula 2011 hingga Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, pihaknya tetap memandang serius perkara tersebut dan akan mempergiatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penyakit berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan rekod Hepatitis C mencatatkan kadar peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak 46 kes pada tahun 2011 kepada 130 kes (2012) dan 171 kes sehingga 20 Oktober lalu.

"Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit ini terdiri daripada golongan berusia 30 tahun ke atas dan hanya empat kes sahaja melibatkan individu yang lahir selepas tahun 1989 apabila kerajaan memperkenalkan Program Pelalian Hepatitis B.

"Sementara itu, penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu bermula 87 kes (2011) kemudiannya bertambah kepada 92 kes (2012) dan 166 kes bermula Januari sehingga 20 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment