![]() |
*MUKHRIZ Tun Mahathir (tengah) melaungkan slogan "Berani Hijrah" bersama pemuda di program santai bersama pemuda Sungai Limau menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM di Pekan Simpang Tiga Sungai Limau, semalam. |
Katanya, beliau memahami penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak berkhidmat untuk penduduk di Sungai Limau dan BN turut mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.
Beliau berkata, pemilihan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai wakil rakyat di situ membolehkan BN mengatur gerak kerja pembangunan dan membela rakyat dengan lebih mudah kerana kerajaan Pusat dan negeri adalah daripada parti sama.
"Kali ini kami ingin melihat kawasan ini maju dan atas sebab itu saya merayu, berilah peluang ini kepada BN. Percayalah, saya sendiri akan turun di sini untuk membantu Dr. Ahmad Sohaimi bagi meningkatkan kualiti hidup dan membela rakyat Sungai Limau.
"Itu janji yang saya akan tepati," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama waris murid dan warga pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri pimpinannya turut memberi tumpuan ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan rakyat di segenap kawasan di Kedah.
Kata beliau, ia bagi memastikan pembangunan di Kedah setanding dengan negeri-negeri lain di samping memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.
Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerakkan transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat selain yakin perubahan itu boleh bermula di DUN Sungai Limau. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment