Siew Keong terajui Gerakan, tewaskan Chang Yeow
KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Oktober, 2013: Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berjaya merampas jawatan nombor satu parti itu dengan memperolehi kemenangan besar sebanyak 1086 undi pada pemilihan badan induk parti berkenaan di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-42 yang berlangsung pada hari ini.
Dalam pertandingan satu lawan satu, Siew Keong berjaya menewaskan pencabarnya iaitu Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang hanya memperolehi sebanyak 577 undi sahaja.
Berikut senarai barisan kepimpinan tertinggi Gerakan:
PRESIDEN:
Datuk Mah Siew Keong
TIMBALAN PRESIDEN:
Dr. Cheah Soon Hai
NAIB PRESIDEN:
1. Teo Kok Chee
2. A. Kohilan Pillay
3. Dr. Asharuddin Ahmad
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment