My Add

Thursday, 3 October 2013

SME Corp salur RM5.6 juta bantu PKS di Kelantan

KOTA BHARU, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: SME Corporation Malaysia (SME Corp) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta sejak 2009 untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Pengerusi SME Corp, Datuk Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid memberitahu, peruntukan itu disalurkan melalui program peningkatan keupayaan PKS dan perniagaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu sahaja, SME Corp telah membantu kira-kira 15 usahawan daripada pelbagai sektor dan pada tahun ini, seramai 30 lagi usahawan akan dibantu.

"Melalui program ini, usahawan boleh membuat pinjaman antara RM5,000 sehingga RM50,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR) 2013 di salah sebuah hotel di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment