My Add

Wednesday 27 February 2013

Presiden desak undur segera


 *SITI Krishna Idjirami (kiri) adik perempuan Jamalul Kiram III (tengah) dan 
Putera Mahkota Sulu, Bantillan Kiram (kanan) semasa bercakap kepada media di
 Manila, semalam. - AFP


MANILA SELASA, 26 Februari, 2013: Presiden Filipina, Benigno Aquino III (gambar), hari ini mendesak pemimpin kumpulan bersenjata di selatan negara ini supaya mengarahkan pengikutnya berundur dari kawasan di Sabah, yang didakwa milik mereka, secepat mungkin.

Beliau memberi amaran bahawa kumpulan itu bakal berdepan kejadian yang tidak diingini dan tindakan undang-undang jika mereka enggan berundur.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III bahawa pengikutnya seramai 180 orang yang dipimpin oleh adiknya itu terdedah kepada pertempuran setelah menceroboh wilayah itu selama dua minggu jika terus berada di kawasan tersebut.

''Kita masih boleh mengambil tindakan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku tetapi ruang untuk mengambil tindakan tersebut semakin tertutup,'' katanya.

Kesultanan Sulu dipimpin oleh Kiram mendakwa satu kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia merupakan milik mereka.

Aquino menyifatkan tindakan pengikut Kiram sebagai 'perbuatan bodoh' dan akan menemui kegagalan.

Beliau memberi amaran Kiram dan pengikutnya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mereka terus berada di Lahad Datu.

Aquino berkata, pihak berkuasa Filipina dan Malaysia berpendapat kumpulan itu perlu mengemukakan tuntutan mereka itu melalui saluran diplomatik.

Kenyataan Aquino itu meningkatkan isu tuntutan kawasan perairan Sabah yang menjadi 'duri' dalam hubungan Filipina-Malaysia sejak beberapa dekad.

Krisis itu berlaku ketika rundingan damai akhir antara kerajaan Filipina dengan BariUTUSANsan Pembebasan Islam Moro (MILF) berjaya dimeterai, melibatkan Malaysia sebagai orang tengah. - AGENSI/UTSAN

No comments:

Post a Comment